Monday, 6 February 2012

Masakan Ikan

sedia untuk dimasak

sedia untuk dimakan
Ikan Bawal Emas Stim Asam Limau

Bahan-bahan

Bahan A
1 ekor ikan bawal emas

Bahan B
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dihiris)
7 biji cili padi (dipotong halus)
3 biji asam limau (diambil jus)
1 sudu kecil kicap manis
3 sudu besar air
sedikit serbuk pati ayam
garam & gula secukup rasa

1 biji cili merah dihiris
daun ketumbar dihiris kasar
sebiji tomato dibelah 4
sayur-sayuran (carrot, bunga kobis, cendawan - optional)

~ satukan semua bahan B ke dalam mangkuk dan gaul rata
~ tuangkan campuran tadi ke atas ikan
~ kukus lebih kurang 15 - 20 minit (bergantung pada saiz ikan)
~ taburkan bahan hiasan
~ kukus 2 -3 minit lagi
~ sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba !!!!

No comments:

Post a Comment