Saturday 11 February 2012

Kek Batik


Lama betul tak buat kek batik ni, resepi pun dah lupa..So cubalah cari-cari resepinya kat blog kawan-kawan..Alhamdulillah, dapat jer resepi elok pulak takde benda nak buat hujung-hujung minggu ni so bermulah projek membuat Kek Batik. Dengan bantuan chef kecil (anak daraku) so inilah hasilnya...Tapi coraknya tak jadi..dah macam kek lapis pulak..takpelah janji rasanya ada...lain kali kita practice lagi..:)

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan
1 peket (250gm) Biskut Marie
1 peket (200gm) Milo
1 tin (397gm) Susu pekat
5 biji telur
150gm Butter
1 tbs Esen Vanilla

Cara-cara
~ Satukan semua bahan kecuali butter & kacau seketika. Masukkan adunan ke dalam kuali dan dimasak menggunakan api kecil. Kacau sebati dan masukkan butter. Kacau lagi sehingga pekat dan berbintil-bintil.
Matikan api.
~ Sendukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas kertas minyak di bawah dan sekelilingnya.
~ Susun biskut di atas adunan. Ulang langkah ini hingga habis.
~ Lapisan terakhir di tutup dengan kertas minyak di atasnya dan disejukkan di dalam peti ais.

Monday 6 February 2012

Masakan Ikan

sedia untuk dimasak

sedia untuk dimakan
Ikan Bawal Emas Stim Asam Limau

Bahan-bahan

Bahan A
1 ekor ikan bawal emas

Bahan B
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dihiris)
7 biji cili padi (dipotong halus)
3 biji asam limau (diambil jus)
1 sudu kecil kicap manis
3 sudu besar air
sedikit serbuk pati ayam
garam & gula secukup rasa

1 biji cili merah dihiris
daun ketumbar dihiris kasar
sebiji tomato dibelah 4
sayur-sayuran (carrot, bunga kobis, cendawan - optional)

~ satukan semua bahan B ke dalam mangkuk dan gaul rata
~ tuangkan campuran tadi ke atas ikan
~ kukus lebih kurang 15 - 20 minit (bergantung pada saiz ikan)
~ taburkan bahan hiasan
~ kukus 2 -3 minit lagi
~ sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba !!!!

Happy Birthday Aki & Mee Ketam...

5 Februari 2012 adalah hari ulangtahun kelahiran bapa mertuaku..Selamat Hari Lahir Abah & Aki (panggilan manja cucu-cucunya). Untuk meraikannya kami sekeluarga pergi makan mee ketam di Restoren Mee Ketam Kuala Lumpur di Seksyen 7, Shah Alam Selangor...

mi kari ketam

mi kari udang galah

Yummy...memang sedap..harga pun berpatutan..Tapi tak boleh makan selalu..Kolestrol tinggi ni..



Destinasi Terakhir..Kota Mahsuri

Sebelum balik ke KL kami berkesempatan untuk melawat Kota Mahsuri..Kota yang penuh dengan sejarah..Kisah Mahsuri.Lagenda Mahsuri cukup terkenal...

pintu masuk ke Kota Mahsuri
Telaga Mahsuri


ayah sempat basuh muka dan kaki di sini

Rumah Keluarga Mahsuri





Makam Mahsuri




Kisah Lagenda Mahsuri penuh tragis...Sumpahan Langkawi tidak akan aman selama 7 keturunan berakhir kini..Kini pulau indah ini semakin maju dan makmur...

Selamat tinggal Langkawi...Ada umur bertemu lagi, Insyaallah

Langkawi Day 3 (Langkawi Cable Car & Oriental Village)

Hari ni hari terakhir berada di Langkawi...Malam nanti dah nak balik KL...so sementara masih ada masa ni kita jalan dulu...

Oriental Village & Langkawi Cable Car



Setelah hampir 5 tahun lalu menjejakkan kaki di sini alhamdulillah masih berpeluang untuk kembali lagi hari ini..syukur kepada-Mu Ya Allah kerana masih memberiku peluang ini. Tak banyak perubahan di sini..apa yang berbeza kini cuma kami, kalau dulu kami datang berdua kini kami dah bertiga..





Langkawi Cable Car



Jom kita naik cable car...tapi kena beli tiket dulu. Tiket RM15 utk dewasa & RM10 untuk kanak-kanak..


Lepas beli tiket yokk kita naik sekarang..



Sepanjang perjalanan ke puncak Gunung Mat Cincang kita dapat lihat pemandangan yang cukup indah...Sejauh mata memandang..tapi mama gayat la tinggi-tinggi ni...






Ok...selepas ini kita ke destinasi terakhir sebelum balik KL....

Langkawi Day 2 (Dataran Lang)

Dari Beras Terbakar, kami terus ke Dataran Lang di Pekan Kuah...Dataran Lang ini terletak berhampiran Jetty Point.






Sebelum balik ke motel, kami sempat la shopping ckit kat Pekan Kuah..Tak banyak pun just beli coklat sikit sebagai ole-ole untuk keluarga & teman-teman..



Badan dah penat so balik zzzzzzz....

Langkawi Day 2 (Beras Terbakar)


Dari underwater world kami terus menuju ke BERAS TERBAKAR. Mungkin ada yang tidak tahu tempat ini ada menyimpan sejarahnya yang tersendiri.




Selain melihat tapak beras terbakar, kat sini kita boleh shopping..harga cukup berpatutan..
Yeeehaa.....

Langkawi Day 2 (Underwater World)

Lepas mandi dan makan tengahari kami sambung lagi langkah di pulau yang indah ni...terus menyusuri Pantai Cenang..dan destinasi pilihan petang ini UNDERWATER WORLD. Bawak lil princess tengok hidupan laut...





Kat sini bukan setakat hidupan laut jer...burung-burung pun ada..




Kita tengok lagi apa yang ada di sini...




rehat jap ye mama...lepas tengok penguin..rezeki hari ni dapat tengok staf bagi peguin makan...




Hari ni ada pulak pertunjukan ular..So lepak sekejap sambil tengok show ni...Jangan tiru aksi ini !!!!



Selesai show kita terus teroka dunia marin ini...





Kebetulan pulak, staf tengah bagi makan ikan..so sempat la tengok. Ayah & adik khusyuk betul..


ok..dah puas tengok ikan.Kita nak pegi mana pulak ye ????