Monday 31 December 2012

Sehari Serangkap Doa ~ Mutiara Iman



Doa Agar Terhindar Dari Malas Berusaha

" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dari kegelisahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari tidak berdaya dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan bakhil serta dikelilingi hutang dan penindasan orang lain"

(HR Abu Dawud dari Abu Said Al-Khudri)

HAPPY NEW YEAR 2013

o
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan....
Semoga kehadiran 2013 ini lebih bererti dalam hidup ini &
Semoga kebahagiaan dan kejayaan mengiringi setiap langkah ini...

Sunday 30 December 2012

Bingkisan Mukmin...Sehari Serangkap Doa....



Doa Memohon Rezeki Yang Melimpah

" Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku, bimbinglah aku, sejahterakanlah aku dan berikanlah aku rezeki"
(HR Muslim daripada Tariq Bin Asyim)

Kembali Ke Sekolah...

Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas....bermula sesi persekolahan 2013 puteri sulungku akan melangkah ke pra-sekolah..Setelah 2 tahun menimba ilmu di Tadika Qasrina, aku dan suami sepakat untuk menghantar anak kami ke pra-sekolah..Sekolah pilihan adalah SK Desa Pandan..Alhamdulillah permohonan ini telah diluluskan..Kami ingin memberi pendedahan kepadanya tentang alam persekolahan yang sebenar yang semakin hari semakin mencabar...Semoga anakku ini terus sukses dalam meniti hari-hari mendatang....


Permata hati mama

Day 1
1 month


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi pada 20/10/2012 tepat jam 4.20 minit petang aku telah selamat melahirkan puteri ke-2 ku...Hadirnya ke dunia ini melengkapkan lagi kehidupan kami sekeluarga. NUR QAIREEN NASUHA nama diberi..Kini puteriku ini sudah berusia lebih 2 bulan...semakin hari dia semakin bijak....Semoga puteriku ini akan terus membesar menjadi seorang puteri yang menjadi kebanggaan ayah dan mama....

Friday 11 May 2012

Kota Kinabalu (Day 3)


Destinasi untuk hari terakhir di Sabah adalah menuju ke Kinabalu Park...Awal pagi kami semua dah siap sedia untuk ke sana..maklumlah perjalanan yang agak jauh...


Lebih tiga jam perjalanan akhirnya kami tiba di Kinabalu Park....Udara yang segar & nyaman menyambut kedatangan kami.....









Dari Kinabalu Park kami menuju ke Poring...




Kota Kinabalu (Day 2)

Untuk hari ke-2 ni kami menghabiskan masa di Pulau Manukan....apalagi..aktiviti laut la...snorkeling...Awal-awal pagi lagi kami dah terpacak kat jetty...tunggu bot yang akan bawa kami ke Pulau Manukan....






Perjalanan dari jetty ke Pulau Manukan mengambil masa kira-kira 20 minit agak menyeronokkan..langit cerah & laut biru luas terbentang....Akhirnya kami tiba di Pulau Manukan...



Cantik betul laut di sini...cukup jernih..dapat tengok ikan-ikan berenang...
Indah sungguh ciptaan Mu Ya Allah....

Kota Kinabalu (Day 1)

Pada awal April yang lepas kami sekeluarga telah bercuti ke Kota Kinabalu Sabah...Kali ni percutian ni lebih meriah kerana kami pergi beramai-ramai..bersama kedua orang tua dan juga adik-beradik yang lain...Kira percutian keluarga la ni...Bukan senang nak berkumpul ni..Tu pun ada yang tak dapat join kerana tuntutan kerja aka x dapat cuti la...Terpaksalah burned jer flight ticket...rugi..rugi.


Flight kami dari LCCT pukul 6.30pg.. Pukul 5.00pg dah sampai airport...eerrmmm..ngantuknya...Sementara tunggu waktu departure sempatlah alas perut kat Mc'D...Big breakfast 1 untuk Danisha.... :)


Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah cukup membosankan...mata mengantuk so apalagi..zzzzzz......Lebih kurang pukul 9.00pg kami selamat landing di Kota Kinabalu International Airport..Alhamdulillah...Kami terus bergerak ke destinasi pertama....tempat penginapan kami....Sepanjang di sini kami menginap di Marina Court...
Kita rehat dulu......

Kami terus mengorak langkah.....mula-mula kita pergi Muzium Sabah dulu ye..Jomm...


Baru tiba di Muzium Sabah....Kita masuk Kampung Warisan dulu...tengok apa yang ada di dalam...









Rupa-rupanya di Kampung Warisan ni ada semua rumah panjang kaum-kaum yang ada di Sabah ni...Penat jugak berjalan...kita minum dulu.....

Now masa untuk kita masuk ke Muzium pulak....yok....


Dari Muzium Sabah kami meneruskan perjalanan lagi...antara destinasi yang kami singgah adalah Atkinson Clock Tower & Bird Sanctuary....Destinasi terakhir untuk hari ini ialah..Nexus Karambunai....cantik betul pantainya....





Hari dah senja....matahari dah terbenam..so cukuplah untuk hari ni..kita balik dulu dan berehat...Esok nak jalan lagi...tu pun sempat lagi singgah di Pasar Philippine untuk shopping.....Arrghhh...penatnya.

Kari Kepala Ikan

Kali ni destinasi makan pilihan kami ialah Gerai Kari Kepala Ikan di Kampung Attap KL...Biasa la jalan-jalan cari makan..hehehe...Menu biasa la kalau dah ke sini...kari kepala ikan la...yummy...





Alhamdulillahh....rezeki untuk hari ini...

Majlis Perkahwinan Ekhsan & Ina

Pada awal March yang lepas kami sekeluarga telah menghadiri Majlis Resepsi Perkahwinan Eksan & Ina di Kampung Pulai Melaka..Walaupun majlisnya ringkas namum cukup meriah dengan kehadiran sanak-saudara dan sahabat handai yang turut meraikannya...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...Tahniah buat pasangan pengantin baru....





Kami semua cukup terharu di majlis ini kerana ibu pengantin lelaki Mak Wah berusaha menguatkan semangatnya untuk memberikan yang terbaik di majlis perkahwinan anak lelakinya walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan.





Selamat Pengatin Baru...Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat....Amin
Assalamulaikum semua....pejam celik, pejam celik kita dah nak masuk ke pertengahan tahun 2012 ni...lebih kurang dua bulan jugak la saya x sempat nak update blog...kesibukan kerja dan urusan rumah tangga cukup membatasi masa terluang...Insyaallah andai ada kesempatan saya akan terus di sini...

Saturday 11 February 2012

Kek Batik


Lama betul tak buat kek batik ni, resepi pun dah lupa..So cubalah cari-cari resepinya kat blog kawan-kawan..Alhamdulillah, dapat jer resepi elok pulak takde benda nak buat hujung-hujung minggu ni so bermulah projek membuat Kek Batik. Dengan bantuan chef kecil (anak daraku) so inilah hasilnya...Tapi coraknya tak jadi..dah macam kek lapis pulak..takpelah janji rasanya ada...lain kali kita practice lagi..:)

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan
1 peket (250gm) Biskut Marie
1 peket (200gm) Milo
1 tin (397gm) Susu pekat
5 biji telur
150gm Butter
1 tbs Esen Vanilla

Cara-cara
~ Satukan semua bahan kecuali butter & kacau seketika. Masukkan adunan ke dalam kuali dan dimasak menggunakan api kecil. Kacau sebati dan masukkan butter. Kacau lagi sehingga pekat dan berbintil-bintil.
Matikan api.
~ Sendukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas kertas minyak di bawah dan sekelilingnya.
~ Susun biskut di atas adunan. Ulang langkah ini hingga habis.
~ Lapisan terakhir di tutup dengan kertas minyak di atasnya dan disejukkan di dalam peti ais.

Monday 6 February 2012

Masakan Ikan

sedia untuk dimasak

sedia untuk dimakan
Ikan Bawal Emas Stim Asam Limau

Bahan-bahan

Bahan A
1 ekor ikan bawal emas

Bahan B
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dihiris)
7 biji cili padi (dipotong halus)
3 biji asam limau (diambil jus)
1 sudu kecil kicap manis
3 sudu besar air
sedikit serbuk pati ayam
garam & gula secukup rasa

1 biji cili merah dihiris
daun ketumbar dihiris kasar
sebiji tomato dibelah 4
sayur-sayuran (carrot, bunga kobis, cendawan - optional)

~ satukan semua bahan B ke dalam mangkuk dan gaul rata
~ tuangkan campuran tadi ke atas ikan
~ kukus lebih kurang 15 - 20 minit (bergantung pada saiz ikan)
~ taburkan bahan hiasan
~ kukus 2 -3 minit lagi
~ sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba !!!!