Sunday 18 December 2011

Happy Birthday My Dear....

Pejam celik pejam celik dah 4 tahun berlalu..Alhamdulillah pada 16 Dec 2011 puteri kesayanganku genap 4 tahun..Masa berlalu begitu pantas..Kehadiran mu sayang dalam kehidupan mama & ayah amat bermakna...We love u so much..Mama & ayah akan sentiasa mendoakan kejayaanmu sayang, kejayaan di dunia dan di akhirat kelak..Insyaallah

Saturday 12 November 2011

dari dapur mama..

                                                          Ketam Masak Sweet Sour


Bahan A :
~ Ketam (dipotong 2)
~ 3 sudu makan minyak masak
~ Sos cili & sos tomato
~ 1/2 cawan air
~ Garam (secukup rasa)
~ 1 biji telur

Bahan B (dihiris) :
~ 1 biji bawang besar
~ 2 ulas bawang putih
~ 3 ulas bawang merah

Hiasan:
~ 1 biji cili merah & daun bawang

Monday 31 October 2011

Cuti-Cuti Hujung Minggu (Day 3)

Hari ni nak balik dah...dah 2 malam kat sini. Esok dah keje..Bye

Cuti-Cuti Hujung Minggu (Day 2)

Selamat pagi...hari ni pagi-pagi danisha dah bangun, semangat nak pergi Sunway Lagoon...tapi jom breakfast dulu...kat mana yer...kita breakfast kat Fuzion.



Jom tengok apa menu breakfast kami pagi ni...danisha pagi-pagi dah makan 2 biji pisang..eeerrmmm kenyang betul. Alhamdulillah.

Sementara tunggu Sunway Lagoon buka...sempat la jalan-jalan di sekitar hotel ni..menghirup udara pagi..





Dah puas ronda-ronda, jom kita bersiap untuk pegi main air...danisha paling excited. Tak sabar-sabar nak main air...
wristband dah dapat...tunggu apa lagi..


Mula-mula kita pergi jalan-jalan dulu kat dalam Sunway Lagoon..kita ke WildLife Park dulu..Banyak-banyak binatang Danisha pilih untuk bergambar dengan 'Tarantula'...





Dah penat pusing-pusing kat WildLife Park sekarang kami ke Amusement Park pulak...masa untuk main..







Danisha dah bosan...dah sibuk ajak main air..jom....

Dah penat...Danisha mula buat perangai..menangis-nangis ajak balik hotel. Ok la adik jom kita balik...sampai bilik dia terus zzzzzz.....

Sunday 30 October 2011

Cuti-cuti hujung minggu (Day 1)

Sempena sambutan ulangtahun ke-5 kami minggu lepas, kami sekeluarga pergi bercuti..percutian hujung minggu. Destinasi pilihan dekat jer...Sunway Lagoon..Tambah lagi si kenit Danisha belum pernah ke sini, so bawak la dia...kalau sebelum ni dia asyik tengok gambar jer kan..kali ni biar dia alami sendiri pulak...Lepas ofis hari Jumaat 28/10 kami sekeluarga bertolak ke sana untuk percutian 3 hari 2 malam.. Jom..............





Lepas check-in di Sunway Hotel Resort & Spa kami terus ke bilik di tingkat 16..Room No.1635. Bilik kami menghadap Theme Park...Permandangan yang agak menarik...




Lepas maghrib kami bersiap untuk keluar makan malam...Sempat la bergambar depan hotel sambil tengok lampu..hihihi


Friday 28 October 2011

Our 5th Anniversary....

Syukur ke hadrat Allah swt kerana masih dipanjangkan jodoh kami.Hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan kami...Semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat..dan sentiasa dirahmati oleh-Nya...Amin

Tuesday 25 October 2011

Sepetang di dapur...

Hari ni nak buat apa ye untuk minum petang??? ingat nak buat something yang simple jer..eerrmm..aha..apa kata buat kuih sagu...jom.....

Jom makan...

Ada ketika tak tahu nak makan apa...dinner apa malam ni ye..apa lagi jalan-jalan cari makan la. Ronda-ronda kat Jln Telawi Bangsar, errmm..makan western food jelah malam ni..so singgah la kat Station 21. Seperti biasa menu pilihan chicken with mushroom sauce..sebab nak kena share dengan si kenit so tak boleh la pilih yang pedas-pedas...layan...

Saturday 15 October 2011

Renungan Bersama....

"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) :
Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) : Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku (dengan mematuhi perintah Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada Ku supaya mereka mendapat petunjuk.
~ (surah al-Baqarah:186)

bersama menteri

Sempena Aidilfitri yang lalu aku telah menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran ofisku...tetamu vip..YB Datuk Ahmad Bin Maslan..sempatlah kami bergambar bersama beliau...bukan selalu dapat peluang ni kan...

Gelagat anak-anakku....

Kehidupan seharian aku tidak pernah sunyi dengan gelagat puteri kesayanganku dan sepupu-sepupunya...ada saja keletah mereka yang mencuit hati..hilang 'stress' bila tengok gelagat gelagat mereka ni..ada kalanya kalau bergaduh, geram juga dibuatnya...dunia kanak-kanak semuanya indah...kadang-kadang terasa ingin kembali ke zaman itu...

puteriku...keletahnya buat aku tersenyum sendiri..kadang-kadang air mata pun boleh mengalir..cukup pandai ambil hati orang...kadang-kadang ada sikapnya yang buat aku geram...biasalahh kanak-kanak diusia ini...